23 March 2011

Setelah kembalinya dr Mekah

Alhamdulilah segalanya telah selesai.. Pemergianku menunaikan umrah pd 25-2-11 sehingga 11-3-11 bsama2 dgn org2 yg ku sygi telah selesai.. Tlalu byk pkara yg blaku ada suka dan dukanya.. Sukanya krn aku dpt melihat kaabah dr dekat serta terasa yg Allah tlalu dekat dgnku dan dukanya ehmm tak usahlah dkeneng.. Mungkin benarlah org katakan dsana sikap sebenar kita akan tlihat...
Walau bgmanapun aku ttp bsyukur krn Allah beri peluang utk aku kesana bsama dgn ke 4,4 org tuaku dan bsama dgn suamiku.. Impianku tlaksana.. Alhamdulilah..
Allah swt mmg Maha Permurah...
Insya Allah lg 3 thn aku dan suami ingin kesana lagi...ttp bdua shj.. Insya Allah.. Permudahkanlah aku Ya Allah.. Dsana aku terasa seronok dan terasa aman sekali...Bahagia rasanya...

05 February 2011

Anak2ku

Alhamdulilah kini anak ku sudah 8 org... Syukur krn Allah mberi kpdku rezeki anak2 yg ramai.. Dan semoga mrk mbesar mjd anak2 yg btakwa kpd Allah swt dan seterusnya mjd anak yg tbaik bt ku dan suami... Yg sulung Muhammad Aniq Qayyum kini 15 thn, Nur Imaninah Qarirah 13 thn, Muhammad Aqil Qawiem 12 thn, Nur Irdina Qarihah 10 thn, Muhammad Aqif Qayyim 7 thn, Muhammad Anaqi Qawi 5 thn, Muhammad Azhad Qinawy 3 thn dan Nur Ishamiena Qahirah 2 thn... Ummi berasa syukur sgt dgn kelahiran kaliam semua.. Ummi bharap kalian mbesar mjadi anak2 yg soleh dan solehah... Insya Allah...

Hari2 yg mdatang

Rindu pd Kaabah semakin meluap2 sptmana aku rindu pdMU ya ALlah.. Terima diatas segala pberianMU yg Ya Allah..... Tinggal bberapa hari lg aku akan mjejakkan kaki ku ke Mekah.. Yg paling mharukan aku kali ini bkn shj dgn suami ttp juga bsama ke4,4 org tuaku.. Semoga kami dpermudahkan dan yg paling penting mdptkan umrah yg MABRUR.... Insya Allah..

14 March 2009

Mengandung Lagi??

Pada 11-03-09, Ummi dikejutkan dgn berita yang Ummi mengandung lagi buat kali ke 8. Ummi terdiam seketika tak terkata apa2 didepan doktor yg memeriksa ummi. "Tahniah Pn. Noriza kerana puan mengandung. Positif!!!" Terdiam kerana tidak sangka yg ummi akan mengandung lagi...Ingatkan anak Ummi cuma 7 tetapi rupa2nya ada lagi. Tanpa sangka2 ummi menangis didepan doktor yg memeriksa ummi. "Kenapa Pn Noriza? Yang ini anak yg no. berapa?" tanya doktor itu. "Insya Allah yg ke 8"jawab ummi. "Tahniah bertambah lagi umat nabi Muhammad saw. Saya sendiri mempunyai 7 org anak. 6 lelaki seorg je perempuan. Biasalah anak ramai ni memang penat sedikit tetapi bila besar nanti insya Allah u akan berasa gembira krn mempunyai anak yg ramai. Saya faham penat bila anak2 masih kecil ni. Saya sudah melaluinya. Kadangkala memang terasa nak menanggis pun ada tetapi itulah bukan senang hendak mendapat pahala dr Allah kita kena byk bersabar. U sepatutnya gembira kerana Allah memberi rezeki anak lagi. Jangan bersedih..kita kena redha atas apa jua yg Allah berikan kpd kita" Ummi cuma pandang wajah doktor itu kerana berasa berdosa kerana mempunyai perasaan tidak redha utk mengandung buat kali ke 8. " Insya Allah doktor. Terima kasih atas nasihat doktor itu."

Allah hu akhbar!!! Berdosanya ummi kerana bersikap begitu... Ya Allah ampunilah dosa hambaMU ini....Kata ummi didlm hati w/pun dlm masa yg sama agak sukar utk ummi menerima kenyataan yg ummi mengandung lagi buat kali yg ke 8.

Apabila Ummi beritahu ayah perkara tersebut, ayah hanya senyum kerana sememangnya Ayah memang nak anak ramai, katanya 8. " Takperlah Ummi ok aper mengandung lagi. Buat apa nak malu. Biar apa org nak fikir. Asalkan kita bahagia itu yg penting.."
"Azhad baru nak masuk 1 tahun. Penat tak hilang lagi....Malaslah nak fikir". Kata ummi dgn perasaan yg bercampur baur.
"Ummi, tak baik cakap macam tu Allah bagi sesuatu ikut kemampuan kita. Astafirullahalazim...mengucap mi..."kata ayah dgn suara yg agak tinggi.
Timbul rasa bersalah kerana sepatutnya Ummi bersyukur dgn pemberian ini bukannya merungut.
Sepanjang perjalanan ke ofis Ummi byk berfikir bertapa sikap ummi yg buruk ini... Ya Allah ampunilah dosa2 ku. Ampunilah aku Ya Allah kerana bersikap sedemikian... Hati aku runsing kerana berasa berdosa yg amat sangat kerana mempunyai sikap seperti org yg jahil. Sedangkan ummi selalu mendengar kuliah ugama. Sepatutnya boleh bersikap yg sepatutnya iaitu redha dgn ketentuan Allah.
Sesampai di ofis fikiran Ummi agak bercelaru krn memikirkan dosa yg baru ummi lakukan kpd Allah. Semoga Allah memberi Ummi kesabaran... Selepas berfikir dgn hati yg tenang, Ummi mulai sayangkan kandungan Ummi ini. Seronok rasanya krn mengandung lagi, fikir ummi selepas berfikir panjang. Kita kena berfikiran positif, fikir Ummi.
"Ayah apa kata kita pi makan beef steak?? Teringinlah ayah.. Misti sedap. Apa kata kita pi Victoria Station?"
"Bukan ayah taknak bawak tetapi menurut kawan ayah tak buleh makan coz ada wine dlm daging tersebut. Menurut kawan ayah semua steak yg sedap kebiasaannya depa akan letak wine utk melembutkannya. Janganlah ummi tak psl2 solat kita ditolak oleh Allah kerana kita termakan benda yg tidak halal. Kita makan kat Sila Rasa jelah. W/pun steaknya tidak sesedap di Victoria Station atau di Steak House tetapi confirmed Halal."
"Oklah Ayah tak kisahlah asalkan steak". Kata Ummi dgn perasaan yg bahagia sekali kerana akan menimang cahaya mata yg ke 8.
Setelah selesai menikmati steak aku pun pulang.Tiba2 terasa sesuatu yg kurang enak. Bila diperiksa rupa2nya ada pendarahan.. Ya Allah apa yg berlaku. Perasaan Ummi semasa itu bercampur baur. Takut, risau, rungsing, kesal dan sebagainya. Ya Allah aku berdosa Ya Allah kerana sebelum ini aku tidak redha dgn pemberianMU ini tetapi ketahuilah oleh MU Ya Allah aku kini benar2 bersyukur dgn pemberianMU ini. Percayalah Ya Allah aku benar2 mengharapkan cahaya mata ini.
Tetapi darah tersebut terus mengalir yg agak banyak selama 2 hari. Menurut doktor Ummi kemungkinan besar telah keguguran.
Jika benar Ummi keguguran Ummi malu dgn sikap Ummi sebelum ini. Malu Ummi kpd Allah kerana mempunyai sikap yg buruk iaitu tidak pandai bersyukur dgn pemberianNYA. Sekarang Allah telah tarik kembali pemberianNYA.....Ummi benar2 kesal yg amat sangat...Kesal bukan kerana Allah tarik kembali pemberianNYA tetapi kesal dgn sikap Ummi yg tidak pandai bersyukur pd awalnya....Manusia apakah Ummi ini?? Bermacam2 kemudahan yang Allah telah berikan kepada Ummi. Baru sahaja sedikit ujian yg Allah berikan, Ummi terus mcm tidak boleh terima. Astafiruallaalhazim.....Ampunilah aku ya Allah...
Kesalnya Ummi dgn kejadian ini...Kesal yg berpanjangan...Mungkinkah Allah akan mengampuni dosaku itu?? Ya Allah kau tunjukilah aku ke jalan yg kau redhai bukan jalan yg tidak kau redhai. Ampunilah aku Ya Allah.. sesungguhnya aku terlalu lemah Ya Allah. Berilah aku kekuatan hati dan fikiran Ya Allah..Matikanlah aku dalam beriman kepadaMU. Jika ditakdirkan benar aku telah keguguran aku terima dhn hati yg redha Ya Allah tetapi sekiranya aku masih lagi mengandung, aku berjanji akan menjaga kandungan ini dgn baik... Sesungguhnya segala pemberianMU adalah yg terbaik buat aku......Aminnnn.....

02 March 2009

Semalam

Semalam sekolah Nina dan Dina iaitu Sek. Rendah Sri Al Ummah telah mengadakan sukan tahunan. Aku dan suami telah pergi utk menyaksikan temasya sukan tersebut. Pada awalnya aku malas hendak pergi tetapi apabila anak no. 4 aku merayu kpd aku agar aku pergi memandangkan sudah 3 tahun berturut2 aku tidak pergi.
" Ummi pergilah Ummi... Dina nak Ummi pergi tengok Dina. Dah lama Ummi tak pergi". Lalu anak no. 2 aku bersuara " Yelah Ummi pergilah...Ummi ni asyik2 bagi alasan je taknak pergi". Aku terkedu yelah aku ni terlalu byk alasan....tahun lepas bolehlah bagi alasan aku tengah tunggu masa nak bersalin sekarang apa alasan aku lagi. Penat?? Ambil cutilah kalau penat.. Oklah aku pun malas fikir lagi aku ambil keputusan pergi... Tak sampai hati mendengar rayuan anak2ku....

Seperti biasa apabila aku sampai di stadium di Kg Pandan itu aku dapati kebanyakkan ibu bapa telah sampai aku je yg selalu lambat.. Al maklumlah rumah aku di Bandar Kinrara sekolah anak2 aku pula di Kg Pandan..Jauh...tetapi itu bukan alasan yg bijak sebenarnya...
Pada kali ini YAB Dr. Lolo Bt Datuk Ghazali yg merasmikannya. Aku tertarik dengan kata2nya yg mengatakan pembelajaran anak2 bukan sahaja disekolah tetapi dirumah. Ibu bapa memainkan peranan yg penting didlm membentuk akhlak dan sikap yg positif yg sepatutnya ada didlm diri anak2.

Jika guru2 telah bertungkus lumus bagi memastikan anak2 disekolah mendapatkan pembelajaran yg sempurna ibu bapa apa kurangnya seharusnya mempunyai sikap yg serupa. Ibu bapa telah mengeluarkan pembelajaran yg agak banyak dengan harapan bukan sahaja anak2 akan mendapat ilmu akademik malah pendidikan agama yg sewajarnya.

Sejak kebelakangan ini anak perempuan aku yg berumur 11 tahun Nur Imanina kena menghadiri kelas tambahan bagi menghadapi UPKK yg akan diadakan pd akhir tahun ini. Aku sering merungut kerana aku terpaksa mengambilnya setiap malam iaitu pukul 9.30 malam. Aku terasa benar2 keletihan apabila sekembalinya aku dirumah...Tetapi setelah aku dengar kata2 semangat Dr Dr. Lolo' aku berasa bersalah kerana bersikap sedemikian. Mulai hari ini aku berazam utk mengubah sikap penting diri aku itu...Sepatutnya aku memberi galakan kpd anak perempuan aku bukannya menghalangkan utk pergi belajar.

" Nina, Nina tak payahlah pergi kelas tambahan. Kesianlah kat Ummi kena ambil Nina malam2 dengan adik2 Nina yg 4 org ni...Payah Ummi nak bawak keta...Takkan Nina nak suruh Ayah . Ayahkan ada kelas mengaji tiap2 malam". Anak aku jawab " Ala Ummi Nina nak pergi. Nina nak belajarlah Ummi tahun depan Nina periksa UPSR tahun ni pula ada UPKK . Bolehlah Ummi.." Aku jawab" Ala Nina Insya Allah boleh jawab tahun lepas Nina tak pergi pun periksa ok. Thn ni kali ke2 th 5 misti boleh punya". Aku pun malas nak jawab aku ambil juga w/pun dgn hati yg berat..Tetapi kali ini aku ikhlas...Perasaan penat aku akan tolak ketepi...Semoga Allah memberi aku kesabaran yg tinggi kpd aku...

Setelah selesai kata2 aluan dr Dr. Lolo' aku pun berbual2 dengan seorg ibu yg paling best tu beliau juga mempunyai 7 org anak yg bezanya beliau mempunyai 4 org lelaki dan 3 perempuan dan aku pula 5 lelaki dan 2 perempuan...Ah lebih kuranglah tu....
Beliau seorg perempuan yg aku kira seorg ibu yg sabar kerana penampilannya iatu wajahnya agak lembut dan kata2nya pula penuh dgn kata2 nasihat...
Katanya biasalah mempunyai anak yg ramai rumah memanglah sentiasa riuh rendah, hingar bingar standardlah tu....Dia kata tidak mengapa satu hari nanti kita akan pasti merindui suasana begitu apabila anak2 telah dewasa kelak....Ehmmm....kini pun aku sering merindui anak2 lelaki yg pertama dan ketiga yg kini tinggal diasrama Sek. Tahfiz Darul Al Furqan di Gombak.... Tetapi demi kebaikkan mereka aku redha.... Semoga Allah memakbulkan doa dan harapan aku dan suami utk melahirkan anak2 yg tahfiz Al Quran... Insya Allah...
Ya Allah jadikanlah anak2 aku insan yg beriman dan bertakwa kepada MU. Tunjukilah mereka jalan yg lurus. Berilah mereka keimanan yg kuat. Jadikanlah mereka golongan org2 yg solat..Permudahkanlah dan terangilah hati mereka didalam menerima ilmu2 yg membawa kebaikkan kepada mereka. Sesungguh tanpa pertunjukMU dan rahmatMU siapalah mereka didunia ini... Aminnnn....


25 February 2009

Cemburu Pengikat Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w ada berpesan kpd sahabat2 baginda,
"Dalam banyak2 jenis cemburu, ada sejenis cemburu yg boleh menimbulkan kemarahan Allah S.W.T iaitu cemburu seorg suami/isteri kpd isterinya/suaminya tanpa sebarang sebab"
Ramai org berpendapat, cemburu itu tanda sayang. Kita cemburu kpd pasangan kita sebagai tanda kita sayang dan mengambil berat kpdnya. Tidak ada salahnya utk bersederhana dlm cemburu ataupun menyimpan sedikit perasaan cemburu kpd pasangan masing2. Walau bagaimanapun, kita tidak digalakkan sama sekali menyimpan perasaan cemburu yg melampau2. Perasaan cemburu yg melampau boleh mengugatkan keharmonian sesebuah rumahtangga.

Perasaan cemburu boleh menyebabkan setiap pasangan menyimpan perasaan syak wasangka diantara satu sama lain. Suami akan hilang kepercayaan kpd isteri, begitu juga sebaliknya. Mereka akan sentiasa ragu2 akan kejujuran pasangan masing2. Malahan, apa sahaja perlakuan pasangan pasti akan menimbulkan syak wasangka... Mereka akan saling bersangka buruk diantara satu sama lain. Tuduhan demi tuduhan akan dilemparkan walaupun tanpa bukti yg sahih ini boleh menyebabkan kehancuran sesebuah rumahtangga...

Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada puteri kesayangannya iaitu Fatimah r.a.
" Apa yang kamu rasa yg terbaik utk seorg wanita?"
Fatimah menjawab "
Apabila seorg lelaki tidak memandang perempuan lain selain isterinya dan apabila seorg perempuan itu tidak memandang lelaki lain selain suaminya."
Berdasarkan hadis di atas dapat difahami tidak ada seorg suami yg suka isterinya memandang lelaki lain selain drp dirinya dan begitu sebaliknya... Apa lagi pandangan itu boleh mendatangkan fitnah....

Cemburu yang kadangkala melampaui batasan ini akan mendorong wanita menyimpan perasaan curiga kepada tindak tanduk suaminya.

Isteri yg inginkan kebahagian utk dirinya harus berusaha utk mengawal sifat cemburu yg melampau batas dlm diri mereka....

Rujuklah pada Allah....Berdoalah kepada Allah agar diberikan kesabaran yg tinggi dan kekuatan iman dihati....

Wallahualam...

17 February 2009

Kekesalan

Hari ini genap aku berumur 36 tahun....Alhamdulilah kerana aku masih bernafas lagi hingga ke saat ini... tapi apakah kebaikkan yg telah aku lakukan selama ini???? Adakah sekiranya aku dipanggil utk menghadap Allah aku telah bersedia??? Cukupkah amalan2 kebaikkan dan amalan2 sunat yg aku lakukan selama ini ??? Adakah solat aku dan amalanku diterima oleh Allah...

Ya Allah sesungguhnya aku terlalu kerdil...selalu lupa, lalai dengan dunia ini..... Ampunkanlah segala dosa2ku Ya Allah.... Janganlah aku dibiarkan terus lalai dgn duniaMU yg sementara ini... Berilah taufik dan hidayahMU....Berkati dan Rahmatilah aku sekeluarga Ya Allah...Sesungguhnya tanpa Rahmat dari MU siapalah aku disisiMU.....