02 March 2009

Semalam

Semalam sekolah Nina dan Dina iaitu Sek. Rendah Sri Al Ummah telah mengadakan sukan tahunan. Aku dan suami telah pergi utk menyaksikan temasya sukan tersebut. Pada awalnya aku malas hendak pergi tetapi apabila anak no. 4 aku merayu kpd aku agar aku pergi memandangkan sudah 3 tahun berturut2 aku tidak pergi.
" Ummi pergilah Ummi... Dina nak Ummi pergi tengok Dina. Dah lama Ummi tak pergi". Lalu anak no. 2 aku bersuara " Yelah Ummi pergilah...Ummi ni asyik2 bagi alasan je taknak pergi". Aku terkedu yelah aku ni terlalu byk alasan....tahun lepas bolehlah bagi alasan aku tengah tunggu masa nak bersalin sekarang apa alasan aku lagi. Penat?? Ambil cutilah kalau penat.. Oklah aku pun malas fikir lagi aku ambil keputusan pergi... Tak sampai hati mendengar rayuan anak2ku....

Seperti biasa apabila aku sampai di stadium di Kg Pandan itu aku dapati kebanyakkan ibu bapa telah sampai aku je yg selalu lambat.. Al maklumlah rumah aku di Bandar Kinrara sekolah anak2 aku pula di Kg Pandan..Jauh...tetapi itu bukan alasan yg bijak sebenarnya...
Pada kali ini YAB Dr. Lolo Bt Datuk Ghazali yg merasmikannya. Aku tertarik dengan kata2nya yg mengatakan pembelajaran anak2 bukan sahaja disekolah tetapi dirumah. Ibu bapa memainkan peranan yg penting didlm membentuk akhlak dan sikap yg positif yg sepatutnya ada didlm diri anak2.

Jika guru2 telah bertungkus lumus bagi memastikan anak2 disekolah mendapatkan pembelajaran yg sempurna ibu bapa apa kurangnya seharusnya mempunyai sikap yg serupa. Ibu bapa telah mengeluarkan pembelajaran yg agak banyak dengan harapan bukan sahaja anak2 akan mendapat ilmu akademik malah pendidikan agama yg sewajarnya.

Sejak kebelakangan ini anak perempuan aku yg berumur 11 tahun Nur Imanina kena menghadiri kelas tambahan bagi menghadapi UPKK yg akan diadakan pd akhir tahun ini. Aku sering merungut kerana aku terpaksa mengambilnya setiap malam iaitu pukul 9.30 malam. Aku terasa benar2 keletihan apabila sekembalinya aku dirumah...Tetapi setelah aku dengar kata2 semangat Dr Dr. Lolo' aku berasa bersalah kerana bersikap sedemikian. Mulai hari ini aku berazam utk mengubah sikap penting diri aku itu...Sepatutnya aku memberi galakan kpd anak perempuan aku bukannya menghalangkan utk pergi belajar.

" Nina, Nina tak payahlah pergi kelas tambahan. Kesianlah kat Ummi kena ambil Nina malam2 dengan adik2 Nina yg 4 org ni...Payah Ummi nak bawak keta...Takkan Nina nak suruh Ayah . Ayahkan ada kelas mengaji tiap2 malam". Anak aku jawab " Ala Ummi Nina nak pergi. Nina nak belajarlah Ummi tahun depan Nina periksa UPSR tahun ni pula ada UPKK . Bolehlah Ummi.." Aku jawab" Ala Nina Insya Allah boleh jawab tahun lepas Nina tak pergi pun periksa ok. Thn ni kali ke2 th 5 misti boleh punya". Aku pun malas nak jawab aku ambil juga w/pun dgn hati yg berat..Tetapi kali ini aku ikhlas...Perasaan penat aku akan tolak ketepi...Semoga Allah memberi aku kesabaran yg tinggi kpd aku...

Setelah selesai kata2 aluan dr Dr. Lolo' aku pun berbual2 dengan seorg ibu yg paling best tu beliau juga mempunyai 7 org anak yg bezanya beliau mempunyai 4 org lelaki dan 3 perempuan dan aku pula 5 lelaki dan 2 perempuan...Ah lebih kuranglah tu....
Beliau seorg perempuan yg aku kira seorg ibu yg sabar kerana penampilannya iatu wajahnya agak lembut dan kata2nya pula penuh dgn kata2 nasihat...
Katanya biasalah mempunyai anak yg ramai rumah memanglah sentiasa riuh rendah, hingar bingar standardlah tu....Dia kata tidak mengapa satu hari nanti kita akan pasti merindui suasana begitu apabila anak2 telah dewasa kelak....Ehmmm....kini pun aku sering merindui anak2 lelaki yg pertama dan ketiga yg kini tinggal diasrama Sek. Tahfiz Darul Al Furqan di Gombak.... Tetapi demi kebaikkan mereka aku redha.... Semoga Allah memakbulkan doa dan harapan aku dan suami utk melahirkan anak2 yg tahfiz Al Quran... Insya Allah...
Ya Allah jadikanlah anak2 aku insan yg beriman dan bertakwa kepada MU. Tunjukilah mereka jalan yg lurus. Berilah mereka keimanan yg kuat. Jadikanlah mereka golongan org2 yg solat..Permudahkanlah dan terangilah hati mereka didalam menerima ilmu2 yg membawa kebaikkan kepada mereka. Sesungguh tanpa pertunjukMU dan rahmatMU siapalah mereka didunia ini... Aminnnn....


No comments:

Post a Comment