25 February 2009

Cemburu Pengikat Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w ada berpesan kpd sahabat2 baginda,
"Dalam banyak2 jenis cemburu, ada sejenis cemburu yg boleh menimbulkan kemarahan Allah S.W.T iaitu cemburu seorg suami/isteri kpd isterinya/suaminya tanpa sebarang sebab"
Ramai org berpendapat, cemburu itu tanda sayang. Kita cemburu kpd pasangan kita sebagai tanda kita sayang dan mengambil berat kpdnya. Tidak ada salahnya utk bersederhana dlm cemburu ataupun menyimpan sedikit perasaan cemburu kpd pasangan masing2. Walau bagaimanapun, kita tidak digalakkan sama sekali menyimpan perasaan cemburu yg melampau2. Perasaan cemburu yg melampau boleh mengugatkan keharmonian sesebuah rumahtangga.

Perasaan cemburu boleh menyebabkan setiap pasangan menyimpan perasaan syak wasangka diantara satu sama lain. Suami akan hilang kepercayaan kpd isteri, begitu juga sebaliknya. Mereka akan sentiasa ragu2 akan kejujuran pasangan masing2. Malahan, apa sahaja perlakuan pasangan pasti akan menimbulkan syak wasangka... Mereka akan saling bersangka buruk diantara satu sama lain. Tuduhan demi tuduhan akan dilemparkan walaupun tanpa bukti yg sahih ini boleh menyebabkan kehancuran sesebuah rumahtangga...

Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada puteri kesayangannya iaitu Fatimah r.a.
" Apa yang kamu rasa yg terbaik utk seorg wanita?"
Fatimah menjawab "
Apabila seorg lelaki tidak memandang perempuan lain selain isterinya dan apabila seorg perempuan itu tidak memandang lelaki lain selain suaminya."
Berdasarkan hadis di atas dapat difahami tidak ada seorg suami yg suka isterinya memandang lelaki lain selain drp dirinya dan begitu sebaliknya... Apa lagi pandangan itu boleh mendatangkan fitnah....

Cemburu yang kadangkala melampaui batasan ini akan mendorong wanita menyimpan perasaan curiga kepada tindak tanduk suaminya.

Isteri yg inginkan kebahagian utk dirinya harus berusaha utk mengawal sifat cemburu yg melampau batas dlm diri mereka....

Rujuklah pada Allah....Berdoalah kepada Allah agar diberikan kesabaran yg tinggi dan kekuatan iman dihati....

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment