04 February 2009

Isteri

Bukan senang utk menjadi seorg isteri yg solehah...Isteri yg solehah balasannya ialah 'Syurga'..... Utk menjadi isteri yg Solehah kenalah menjadi isteri yg taat pd suami dan patut pada perintah Allah....

Kadangkala seorg isteri itu lupa akan tangungjawabnya sebagai seorg isteri ...... Seorg isteri itu seharusnya sentiasa sabar dgn kerenah suaminya yg tidak melampui batas2 ugama.... Kadangkala seorg isteri itu kata sayang akan suaminya... tetapi kenapa ya seorg isteri itu sanggup menengking suami didepan khalayak ramai, memarahi suami, membuka aurat didepan lelaki yg bukan muhrim, menyusahkan suami, rela lihat suami menjadi DAYUS dan lain2 yg tidak sepatutnya dilakukan terhadap suami....

Tahukah si isteri itu syurga seorg isteri itu terletak dgn keredhaan SUAMI ???? Tanpa keredhan dan kemaafan sang suami sudah pasti syurga akan jauh meninggalkan si isteri...

Setiap dugaan yg mendatang adalah ujian dari Allah..... susah senang sepatutnya diharungi bersama2.....Jika kita tabah mengharunginya Insya Allah ada jln penyelesaiannya... Ingat Allah...Insya Allah, Allah akan ingat pd kita....Segala ujian yg diberi, kita harus tabah dan mengadulah padaNYA..... Bangun malam, tahajuj di tengah malam mengadu padaNYA....

Sang suami pula haruslah menjadi suami yg baik, penyayang, memahami, mendidik anak2 dan isteri menjadi seorg islam yg baik, memberi nafkah zahir dan batin yg secukupnya dan perkara2 lain yg positif.... Satu lagi utk mendapatkan keberkatan rumahtangga sang suami juga harus ingat kpd kedua ibu bapanya...kadangkala sang suami leka dgn isterimya sehinggakan lupa akan tangungjawabnya kpd kedua ibu bapanya.....Allah hanya redha sekiranya ibu bapa redha kpd kita.....

Pokok pangkalnya suami isteri harus bertolak ansur, saling faham memahami, saling memberi antara satu sama lain , jgn berkira dr segi kewangan, sabar, ingat kpd kedua ibu bapa dan yg paling penting sekali SOLAT jgn ditinggalkan... sentiasa mengingati Allah...baru kehidupan kita diberkati oleh Allah.....INGAT segala kebahagian didunia maupun di akhirat ianya datang dari ALLAH .....

No comments:

Post a Comment