06 February 2009

BEBANAN

Kadangkala tindakan kita sebagai ibu bapa seringkali disalah ertikan oleh anak2 kita... Kita sebagai ibu bapa sentiasa cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anak2 kita. Mungkin kerana kesibukkan kita ingin memenuhi kehendak mereka, sehinggakan kita terlupa dengan keinginan mereka yg sebenarnya iaitu keinginan kasih sayang drp kita....

Anak2 mempunyai perasaan memberontak yang kadang kala melampaui batasan sebagai seorg anak....sebagai org islam, anak itu mempunyai batas didlm pergaulan dgn ibu bapa..maksudnya disini sikap hormat dan patuh seharusnya ada pada mereka.... tetapi dgn kemudahan yg sedia ada seperti tv, internet dan sebagainya menyebabkan mereka lebih bersikap terbuka...sehinggakan mereka telah berani untuk bersuara... Bersuara bukan dengan nada yg lembut tetapi nada yg agak mengecewakan....kasar...hilang nilai2 kasih sayang yg sepatutnya ada pd seorg anak....

Sebagai ibu bapa kadangkala berasakan bahawa mendidik anak adalah tanggungjawab yg besar yang harus dipikul dgn penuh berhemah, sabar, kasih sayang dan semangat yang kuat.. Tidak boleh ada perasaan kecewa maupun sedih dgn tindak tanduk negatif daripada anak2...

Sebagai ibu bapa kadangkala kita terlepas pandang dengan perubahan yg berlaku kpd anak2 kita... Mereka memberontak tanpa kita sedar....Di depan kita mereka tersenyum dgn arahan / permintaan daripada kita tetapi di hati mereka itu adalah bebanan yg mereka tidak sanggup pikul.... Dari situ mereka menilai bahawa ibu bapa mereka telah membebankan dgn tangungjawab yg mereka sebenarnya tidak mahu tanggung....

Ibu bapa sebenarnya seringkali beranggapan yg anak2 mereka akan faham dgn masalah yg mereka hadapi....Tetapi sebenarnya silap, anak2 sebenarnya tidak mahu memahami apa yg ibu bapa sedang hadapi.....Bagi mereka, mereka hanya mahu tuntutan mereka dipenuhi tanpa ada tanggungjawab yg harus dipikul.....

Betullah didalam AlQuran ada menyebutkan salah satu tanda dunia akan kiamat apabila anak2 menjadi tuan kepada ibu bapa mereka sendiri....

Apakah ibu bapa perlu mendengar sahaja tuntutan anak2 tanpa perlu meminta anak2 membantu meringankan beban ibu bapa??? Tidak sepatutnya ianya terjadi... Kasih sayang diantara anak2 dan ibu bapa seharusnya ada sikap tolong menolong, meringankan beban diantara ahli keluarga, saling sayang menyayangi diantara ahli keluarga, saling memaafkan segala kekurangan yg ada pd ahli keluarga dan lain2 yg boleh menjurus menjadi satu keluarga yg harmoni....

Kepada anak2 ummi, sekiranya selama ini anak2 ummi berasakan segala tanggungjawab yg ummi berikan adalah satu bebanan kpd anak2 ummi, ummi memohon maaf tetapi sebagai seorg UMMI, ummi berhak untuk meminta pertolongan yg sesuai dgn usia dan kemampuan..

Tetapi sekiranya pertolongan itu merupakan bebanan kpd kalian.....Ummi mohon MAAF..............

No comments:

Post a Comment